Tuesday, March 31, 2009

the best vacation so far....................


actually, i ve been waiting march for quite a loong time, because we are going here!

Pulau perhentian!!

bertolak dari SP at 11 pm, thursday night and arrive at Kuala Besut friday morning. the journey, is pergh.... takleh tido! sampai je terus bersubuh kat masjid nearby.

menunggu hari cerah: the team, from left, ramzi, erick and me

bot tak sampai lagi, so posing la dulu

then sampai je bot, tgk tgk haih satu bot 7 org je naik! mmg speed bot, rasa cam dlm filem gerak khas lak! (sepatutnyer miami vice tp sbb Malaysia kan)

Mandi air masin sebelum sampai ke pantai!

seriusly, tak penah tgk air pantai sejernih ni. dari tgh laut sampai ke tepi pantai, clear water!

sampai jer, terus check in, tukar baju turun mandi! hahah gila, tgh tghari mandi pantai! SPF 30 pun takde makna gini...

naik atas, zuhur dan turun balik. mandi lagi!

we had this BBQ set for dinner, they serve ikan tenggiri , sotong, sausej, sate daging, ayam bakar unlimitedly. tasty gak. have a stroll by the beach and enjoy the conversation till late night....

to be continued - the snorkeling trip!

Tuesday, March 24, 2009

makan makan lagi? hujung bulan plak tu...

sabtu, cuaca yang baik. keluar ngan ramzi ke SP sbb nak tgk Dragon ball.  (review menyusul seketika nnti:p )

balik tu, terus lapar, confirm la kan, round area lagenda height suddenly terpandang........

RADIX ORIENTAL CUISINE

sbg peminat tomyam mmg terus la kami serbu. rupa-rupanya tutup lagik, check time bukak 6 - 12 pm. kira kami jadi customer first haha sesi tu. dah tgk beberapa org duk tunggu dlm keta gak kat area tu...and then bukak, tagline dia...

"Your Halal Chinese Cuisine"

well, dah la my tongue (ok, mata juga) is chinese. so sgt suka tgk tagline tu.  diorg ada cuisine set, cth yang kami amik, set for 2 - 3 person, 4 dishes, white rice*, Herbal tea*, mixed fruits = RM 59. NO TAX OR SERVICE CHARGE! sgt puas hati. 4 dishes tu suka suki nak amik apa, kalau nak amik semua protein based, go on! semua ikan? gooo!

Herbal tea + kacang pree:P

so ni yg kitorg order

er dua org makan ni tau!

udang butter yang yummy!

ikan nyonya ( tp rasa cam kuah laksa lemak)

kesimpulannyer, kalau nak makan besar sket, ramai ramai sket, worth coming here. layanan cantek. pelayan pun cantek (ada org jealous), tempat selesa, harga ok, cepat pun ok. 

5 * from me, though it wud be nice kalau diorg pelbagaikan lagi menu. nak dumplingggggggg!!!!

Monday, March 16, 2009

The celebration

sebabkan event ini, maka suddenly in the mood of belanjaing... so sapa yg jadi 'mangsa'? hehehe the angels, rakan sekerja! diorg yg wish me first that day, (sebenanyer diorg dah tau b4 me!) and mmg dah lama tak borak2 live pun, (apart from Conference YM berjela2)

so where to? RIVER OF FLAVOURS!!!! ni semua sbb cik gorgeous tinggi ini dan cik chomel but garang ini! diorg yg ia ia wat post pasal this restaurant...hehehe so terus i ajak pi review situ.

the menu - pakai kertas leh buang buang

mine - Grill Salmon

Sedap, cuma tak puas hati sbb hanya dapat separuh dari sepotong Salmon, i am Salmon Mania so sangat sedih bila tgk separuh jer sampai.  The Tartar is yummylicious, it make me wonder whether they Home-made it .

Chicken Lasagna

Sedap jgak! though yg pizza hut punya might bit a little more cheesier.  diorg dah hancurkan sket the lasagna so it make me a bit wonder la kan. ntah ntah letak fetuccini jer?

Chicken Chop with hot BBQ sauce

So-So... somehow i like the HOTMAS version better. the sauce taste unique. but not enough to make me re-order the same.

Seafood Alfredo.

somehow this menu jarang jumpa kat local gerai/malay+western cuisine. so we try. the seafood is ok, not so fresh but still ok. the garlic bread works wonder. the sauce, hmm from ready-made can?

OVERALL , i give this shop 4 stars! 5 stars will be top most laa

Cuisine - well done, well garnished, properly serve, nice portion size.  *

Services - QUICK! tak sempat sembang! *

Atmosphere - relaxing! *

Hygiene - Fab! *

price - Standard above average.

Alhamdulillah......

pagi khamis, boss mengetuk cermin tingkap sisi meja aku, cepat cepat aku tutup semua browser dan menuju ke biliknya tanpa rasa bersalah.

"congratulations!  keep up!" sambil di hulurkan satu sampul bercop PRIVATE n CONFI

.

.

.

Yeay! ops silap, Alhamdulillah...........

Tuesday, March 10, 2009

image by: http://blog.farisfakri.com/2007/09/

A TAG FROM MsRIben!!

1. How old are you? 

28 going 29 this coming aug… (am I old?)

2. Are you single? 
Single and forever available! 

3. At what age do you think you'll get married? 
Ntah:P

4. Do you think you'll be marrying the person you are with now? 
That answer will be given on the night of the wedding, or waktu dah amik air smbhyang nak akad nikah tu.

5. If not, who do you want to marry? 
Whoever as long SHE is a female and not married

6. Who will be your bridesmaid & bestman? 
Tk cadang pun….tgk laa tangkap muat, cam selama ni tak de peranan sgt pun diorg ni hahahha

7. Do you want a garden/beach or traditional wedding? 
Basic wedding 

8. Where do you plan to go on honeymoon? 
BALI hahahha itu yg paling realistic stakat ni

9. How many guests do you think you'll invite? 
Dlm 600 org jer (200 kad)

10. Will that include your exes? 
Yups ….all of them

11. How many layers of cake do you want?
3

12. When do you want to get married, morning or evening? 
Lepas zohor akad, lepas zohor reception

13. Name the song/tune you'd like to play at your wedding: 

Inai di jari – s. jibeng


hahahahhaha

lagu di atas ini

To All The Girls I've Loved Before

Willie Nelson & Julio Iglesias


To all the girls I've loved before
Who travelled in and out my door
I'm glad they came along
I dedicate this song
To all the girls I've loved before


*****

14. Do you prefer fine dining or just normal spoon & fork?knife? 
Traditional! Tp wajib ada lauk kurma, skrg org dah tak ramai nak wat lauk kurma.

15. Champagne or red wine? 
Air kaler biru

16. Honeymoon right after the wedding or days after the wedding? 
As soon as possible

17. Money or household items? 
Apa apa ajer 

18. How many kids would you like to have? 
3 or 2 or 4

19. Will you record your honeymoon in DVD/CD? 
Takyah kut, amik gamba je. 

20. Whose wedding plan would you like to know? 
Whoever yg rajin!

Friday, March 06, 2009

Kenapa FILANTERA?

ia mempunyai buah di bawah 'rantingnya'


banyak (byk ke?) org tanya soklan ni so hari ni patik menjawab yer!

waktu final year project , when i was studying at chowkit (yess THE chowkit) kena wat satu medical research project. bla bla bla i kena pilih this plant effect on something2. phytochemistry (kajian about chemical dlm pokok/fauna). Sabar yer byk term sains akan kuar nnti

so i choose u, Pokok Dukung Anak!!! (jerit ala ala pokemon cartoon okeh!)

pernah jumpa saya?

"The annual herb Phyllanthus niruri is best known by the common names Stonebreaker(Eng.), Chanca Piedra(Sp.) and Quebra Pedra(Port.), Seed-Under-Leaf(Eng.) but has many other common names in assorted languages, including dukong anak, dukong-dukong anak, amin buah, rami buah, turi hutan, and bhuiaonla.1"

and i choose immune cell to see the effect. so takyah laa nak sengal2 bagi abstract thesis tu kat sini, just nak say that this little pokok, sgt berkhasiat ok! kalau di gunakan dgn berhemah lah tentunya! antara khasiat utama pokok dukung anak ni adalah - Hepatoprotective Effect2 – HIV Replication Inhibition3 – Lipid Lowering Activity4 - Anti–Diabetic Activity5 , 6

so waktu tu, student akan dpt middle name baru, cth
-sham mengkudu
-hafizah gamat
-asilah kunyit
nasib baik takde yang wat projek guna monyet atau cipan, kalau tak nama diorg tentu lagi sedap!! so i got my name too! tp takkan lah ***** dukung anak?? harus tukar prof (dr ahmad zorin, may he get the best of his life) ! jadikan sy ***** phyllanthus! (walau in the end lekat dukung anak jgak!)

so perkataan phyllanthus di melayukan dan di singular kan, jadi laa FILANTERA.

coincidently, ia juga berasal dari perkataan english - Phyllanthropist ~ phyllanthrology. sila cari sendiri yer maksudnyer.

Rujukan:

1. Umum (30 December 200) phyllanthus niruri (atas talian) http://en.wikipedia.org/wiki/Phyllanthus_niruri (06 march 2009)

2. Meixa W, Haowei C, Yanjin L. et al (1995) Herbs of the genus Phyllanthus in the treatment of Chronic hepatitis B observation with three preparation from different geographic sites, J. Lab. Clin. Med. 126(2): 350.

3. Naik AD, Juvekar AR. (2003): Effects of alkaloidal extract of Phyllanthus niruri on HIV replication, Indian J. Med. Sci. 57: 387-93.

4. Chandra R. (2000): Lipid lowering activity of P. niruri, Journal of Medicinal & Aromatic Plant Sciences. 22 (1): 29-30. 

5. Raphael KR, Sabu MC, Kuttan R. (2000): Antidiabetic activity of Phyllanthus niruri, Amala research bulletin. 20: 19-25.

6. Damle M.C (02/12/2008) Phyllanthus niruri (atas talian) http://www.pharmainfo.net/reviews/phyllanthus-niruri (06 march 2009)





Monday, March 02, 2009

Janji, ada tamat tempoh nya?

Kertas pembalut hadiah, rona coklat matang aku amik. Bersekali dengan selotep kecik yang sekarang sudah berharga singgit aku susunkan atas kaunter The Store tu. Telefon….telefon berbunyi

“….dear, u lunch sorang ke?”
“yup….kena beli ha….eh tak beli something ni ha…sorry. Wanna eat anything?”
“ingat nak lunch sekali, kan besday ayg hari ni! “ suara separuh merajuk.
“kita dinner yer, kan tahun lepas gini gak….” Sambil aku kejipkan mata sebelah. Macamlah nampak…
“Ok, jgn tipu ar , I tau u baru pi beli adiah kat I kan!”
“heheh camnaa laa I nak tipu u…wakkaka”

Petang itu, aku menunggu di kereta di depan kilang. Nampak susuk gadis 26 thn pantas menge’punch’ kad di pondok guard. Senyum yang tak lekang dari muka nya lalu menyambar mata aku. Buat buat tak nampak.

“happy besday syg…tatau kali ke berapa ntah I wish. Nah this is ur present, bukak arr!” aku senyum simpul sambil menunggu reaksi.

Kubus yang berbalut kertas itu di sambutnya cermat. Ringan. Wajahnya mula berubah.

“apa ni dear? I balik buka kat umah laa…thanks” tiada nada ceria.

“u bukak, baru I drive, ok.”

Cermat di koyaknya bahagian yang bersambung. Satu persatu selotep itu dikoyak dan di masukkan ke plastic sampah yang tersangkut di tombol aircond. 

“Tupperware???” nada soalan yang jelas. Tiada nada gembira. Reaksi wajahnya tanpa perasaan. Ok, perasaan menyampah pun ada jgak.

“yup! Kan I pinjam Tupperware u hari tu….ni kira adiah ar, I beli baru...bleh u bawa bekal nnti…”

“…………..thanks…I dah ada dah…but thanks….”

Sunyi…sangat. Aku dah berjanji untuk menghantarnya pulang. Aku lalui jalan biasa ke rumahnya tanpa banyak soal. Segala cerita cerita tentang kerja, tentang hal orang itu hal orang ini seolah olah tidak didengarnya…dia tak tersenyum langsung. Sehinggalah aku park di depan Damiral’s grill…(skrg dah nama lain dah)

“u tak suka hadiah I bg tu?”

Geleng.

“geleng tanda suka ke tak suka…”
“I sukaaaaaaaaaaaaaaaa” panjang dia mencebik.

“ok, sori, I takde idea, blank. But u can have this too….”

Aku capai pensil bag kanak kanak kaler pink dari bawah pintu. Bentuk silinder, ketat dengan barang barang di dalamnya.

Dia mengambilnya lalu membuka penuh hati hati. 

“gatalllllllllllllllllllllllllllllllllll!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!, perlu ke u buat camni, bagi je la awal awal takde I tarik muka cam tadik!!!!” sakit perut kena cubit dan sakit perut ketawa terbahak2.

Ceria. Gembira. Bila dia membelek botol EDT Red Jeans Versace yang masih ber’tin’ itu. Terus di cabutnya tudung dan di cium bauannya penuh satu kereta. Suaranya pun berubah dari suara Pontianak Harum kepada suara kanak kanak tadika semula.

Itu dah cukup utk aku. Yer, tak mahal pun EDT tu, tp cukup ar utk bayar prepaid handphone dua tiga bulan. Atau belanja 10 family member dinner makan ikan bakar.

Hanya aku dan dia di dalam restoran itu. Sehinggalah dialog yg terngiang2 di telinga aku sekarang tertutur.

“dear, suka arr celeb besday kat sini..kalau bleh I nak sambut kat sini ngan u tiap tiap tahun…all my life! “

“I will dear. I promise. Kita sambut kat sini selagi u n I ada ok.”


We talk about future. We plan about present. We discuss about dream. We laugh about life.

And today….its been a year. And exactly a year ago, aku membalut hadiahnya di meja yang sama. Tp dia ke mana?

Dia berhenti kerja 2 bulan kemudian. Ayat terakhir, I am sorry…thanks………ill call u … di ucapkan pada June thn lepas. Dan tiada lagi selepas itu. Banyak alasan. Malas di kenang.

Cuma nak Tanya pendapat blogger.

PERLU TAK I KEEP MY PROMISE,

(to celebrate her birthday every year at that place) after she has runaway…..?

I make several promises in my life
I try to remember it all
I fulfill every single of it


Shud I keep my promise? 



BLOGGER'S DAY OUT - report!

~BLOGGER'S DAY OUT ~ strictly no mall..~
kehadiran: .....Pocket-RiBen-BenDul-Eliya+shaka-N'imi-TnY
masa: 2.00 pm - 11.00 pm ( ni masa keluar umah sampai ke umah balik)
tarikh: 28/02/2009

- cik penganjur - 


1. first meeting - SP - 

lepas zohor, terus kuar umah sambil pasang lagu kuat kuat! adao rg tu dah sms -u! jgn dtg selagi i tak sms, kalau u dtg gak i serang u- membuatkan perjalanan hari tu sgt relaks, malas nak cepat cepat kinda. singgah 7E sbb HAUS dan ok, sbb nak beli air! yer cik lecturer sy ngaku! and tak beli utk TNY bukan sbb tak ingat, tp tokey 7E tu kata takleh beli air lebih dari dua botol! dan tatau dia suka air apa! hahahha bleh jer call kan tp dah running out of alasan....sorry tny!! nnti i belanja u air tinge ek:P

then apartment-blkg-K4, amik cik adik yang duk tercangak2 mencari keta hehhe....first time tgk guard apartmen berumur kurang dari 12 tahun..

2. jumpa kat I-CITY (baca betul2)
inilah sms nyer~ "Elop. U, es0k jmpe kt i-city... S0rry f0n i br pulih kne barred.."
ok, so nasib baik TnY bgtau nak wat kat seberang perai kalau tak rasa cam nak cari cari kat mana i city tu ekkkk....
sampai je kitorg, tunggu org len sambil ke bank sikijap. tp sgt ramai org. then eliya+shaka arrived. then En Pocket n Bendul (merekalah artis hari tu!) sampai... bincang pung pang gedebang gedebung tetiba TnY ckp....." i lapaq la..." teruih semua setuju nak pi makan dulu...

3. head to restoran pak su - then restoran yang tutup - then restoran yang berlagu - then balik ke restoran paksu

-nasi goreng ketam, first time makan-

ketamnyer!!

dah abissssss



4. picture galore

at pentas berkhemah kat I-city! seriusly jadi center of attraction plak kat situ... baru je nak dukung bendul suh buka suis lampu spotlight sebelum terpikir kena ligan ngan org pizza hut tu. amik gamba tipu tipu ngan tny yang sangat tinggi sampai harus naik ataih stage baru nampak lagi tinggi haha


(cubaan meletak gambar gagal sekejap)





5. Pocket n Bendul balik - jejalan kat the GIRLS' shoppe belakang tu dlm ujan
kedai belakang tu, yg nampak meriah tp takde mende sgt pun. peliknyer th girls tak beli apa pa pun. bincang sket sambil si Imi lebih rela berdiri tgh hujan dari dalam khemah. tak jadi kara, sbb semua org pakat duk wat statement "i ok je, ikut u all" last last jom balik .....!

6. head back to kdh.......

hanta Imi ikut jalan belakang lebuhraya tu... blur gak memalam carik jalan...sembang2 pasal edu, pasal Datin, pasal student, pasal tol, pasal company..



10 TRIVIA Blogger's day out!
1. plan asalnyer...gather kat gurney's, Bukit bendera, lepak, then feringghi's, water sport (READ: Banana boat) jalan jalan... then karaoke till late.... but plan y ang menjadik pun BEST OKAY!!!!

2. Cik penganjur sebenanyer sgt tenssion + stress tempat keja before tu. sket lagi nak serang org and geget sesapa saja.  tp bila jumpa the gurlssss terus muka manis!

3.  semua org yg baru first time tgk TNY sgt kagum ngan ketinggian dia, dan terus check pakai heels ke tak!

4. pocket n filantera hanya mengesahkan kehadiran pada pukul 11 pagi itu....

5. kedua dua org yang stay ngan family harus balik seawal mungkin tiba tepat pada pukul 11 di rumah masing2...

7.  Dwibulanan - mengikut Dewan Bahasa dan Pustaka bermaksud - duakali sebulan.. majalah itu diterbitkan dwibulanan.... gaji pekerja dibayar secara dwibulanan...

8. Seseorang tu, takleh makan seafood sebenanyer, nnti dia itchy itchy lalu akan mengadu ngadu dan menyalahkan org lain. tapi pada hari itu dia dah bawak ubat antihistamine siap siap dalam bag tangan besar purple nya!

9.  Hanya satu lagu lagi sahaja- sekiranya pertemuan itu tak beralih daripada restoran semilang itu, maka akan ada dua tiga jejaka akan turut panjat pentas itu dan mengambil alih mikrofon daripada pakcik 60 an tu....!

10. sebenanyer Number 6 tiada dalam list ini kerana penulis sudah mula ralit dgn kerjanya dan sudah tiada idea utk menambah isi trivia ini....

apapun, cant wait for another session!






Thursday, February 26, 2009

lunch ini hari!

lunch hari ini!

cendol pulut + laksa sedap amat!!

dan gamba ni di ambil ngan muka sgt puas hati sbb nak menjealouskan org hehehehhe!!!!!

SBJ @ TEKALA



XTVT GREEN DE’NATURE
  (Gathering  SBJ@forum cari)

TARIKH : AHAD - 22.02.2009
TEMPAT : SG TEKALA WATERFALL

PERTEMUAN : SG TEKALA WATER FALL

dah pegi yg atas nih!!! sgt best, ok intro dulu....

SBJ is satu group dalam forum cari... which ada sebilangan org akan spend masa sembang2 kat situ day in n out hampai 2 thn dah. (bln 4 ni regathering anniversary) so dah banyak kali gathering nyer, tp i tak pi, sbb...sbb....ntah

kali ni, i ve got no reason not to go. so terus pegi! ride my bus on friday night...sampai sana, g shopping utk barang nak bawa ke picnic tu...then terus ride to umah mama. sembang2 sampai tertido sbb letih hehehe..

esoknyer, himpun tempat yg biasa and terus pergi. ok this is my first time jumpa diorg nih, on which i never met. tp di alam maya jer. tp jumpa je, terus rasa sgt mesra and rasa cam suddenly ada kawan baru la plak..heheh ok poyo. admitted.

cam biasa BBQ and all mesti ada....

takbestnyer is my HP rosak, so pict takde. and moreover, mmg kitorg pakat not to reveal any face kat mana mana pun to those who tak pi. so sorry ek

abis je picnic, terus i balik ke kedah. penat! tp worth every cents!

Thursday, February 19, 2009

geng!!!!

lambat update,janji update, ye tak?

fakta: SAYA LELAKI. ok. harap sy tak perlu membuktikannya kerana ia bakal membuatkan akaun blogger sy di block dan saya tak bleh lagi bermain mousehunt di facebook serta perlu meletak jawatan serta merta.

ok. kembali kepada niat post....

korang dah tgk cerita, geng! pengembaraan bermula?

kalau belum, petang ni jgak gi beli tiket dan pergi wayang !! cepat! jgn lupa ajak jiran serta budak yang kerja di shell tu sekalik!!

on 14th feb, sgt boring, lalu terus call dan pergi Jusco BM (sorri poket! tak singgah) , tgk cerita ni, ingat asalnyer tu sekadar nak tgk n support malaysian movie sahaja, tp sampai jer tgk tgk ramai gila org.

Bila last time tgk org melayu berduyun penuhkan panggung utk film malaysia?

show yg ada, 4.30 pm, 7.15pm, 9 pm. yang 4.30 tu pun dah full!!! gagah jgak pi tanya, macha tu ckp,

"ada tu ada bang, tp depan juga itu kerusi duduk!"

"depan tu bersila ke?"

"tadaklaa bro, itu atas kerusi juga duduk, kalau u mau bersila pun saya tarak kisah"

dpt tiket, D9 dan D10. for those yang tau, leh agak arr betapa depannya seat itu.

turun jap, beli dorayaki, naik atas balik terus masuk show....

kanak kanak yg kaki tak sampai lagi

seriusly

- gelak all the way! best sgt,  tak kalah ngan kungfu panda, siyes!

- graphic cun! jgn compare laa ngan hollywood tp tak terasa bangang laa tgk

- jalan cerita best

-semua best.

tanak bg spoiler, tp kalau sapa dah tgk jum diskaz!

best quote: ingat masa depan!!!:P

Tuesday, February 10, 2009

Teluk duyung

dia: got a proposal for u
filantera: i do
dia: bukan la
dia: hehe
dia: nk ikut x?
filantera: well
filantera: giv me the venue and time first la
dia: teluk duyung
filantera: wow
dia: tomorrow morning
filantera: ok
filantera: with who?
dia: so far
dia: me
dia: and
dia: ………….


Cuti thaipusam baru lepas, korang gi mana?

Well, for me, hehe mmg cuti ar. Jemaat petang tu, pocket call, 

“weh jom lepak sini meh!”

“roger” tanpa tanya nak lepak tu utk apa pun. Pi je, pepandai laa pastu.


So cantek ar, pi kat pocket, then pi sana terus.

Teluk duyung


Tak ramai yang tahu, ada hutan simpan kat penang. Letaknyer dekat area teluk bahang sana nun. Ramai yang akan ckp it is kat hujung dunia…sbb mmg kalau tak tau , takde sapa yang akan usaha drive pass feringghi, pass simpang balik pulau and to here…sebelum ni pun tatau jgak. So ni first time…

So cam biasa, pagi tu jumpa pukul 8.30 kat perai, drive, naik feri, sampai sana jam apapatut, pukui 11 baru leh start journey… kena daftar dulu, so daftar arr sket.


first pit stop....

makan rojak kat sini, nak kurangkan bebanan. time ni baru 15 minit hike, dah panas dah..............

tangga ni cam best kan? tp kalau dah jumpa dalam 7 kali, dah mula rasa nak gigit

another beautiful beach, wat lepas lelah. tak sampai lagik

ni tempat kajian samudera USM, takleh camp kat sini.

The journey is said around 2.6 km. so basically dlm 2 jam perjalanan. Bagusnyer adalah, org yg ajak tu, awal awal ckp kata 


“alah sejam lebih je jalan……….”

Dan berulang2 kali ckp

“dah dekat dah nii…”

Masuk kali kelima ada yang kena tarik beg dan sket lagi kena simbah Gatorade.

akhirnyaaaaaa, setelah 1 jam 45 minit jalan (laju gak). ini lah teluk duyung, atau monkey beach! ni first view, panjang pantai ni, and kitorg decide to camp on paling ujung sana...

bukan khemah kami, saja letak pic.

menu nasik lemak homemade, sedappppppppppp (ke lapaq?)

berteduh sebentar.........

air nya hijau ya....

dan tiba waktu pulang, ingat nak singgah tempat lain so balik awal sket. nak balik tu nak naik boat, diorg charge RM 50 perboat, kira ok arrr. speed boat, terasa cam filem haha

abg ni bawak, rambut maintain woo

keluar dari teluk.....

balik tu , tak jadi singgah mana dah, terus pi amik keta. ptg nyer g umah pocket, mandi puas2.

apapun, pengalaman yang sgt best, bila bleh wat sesuatu di luar norma....akan pegi lagi, InsyaAllah


Thursday, February 05, 2009

'Wanita kebaya merah' nyaris bawa maut

'Wanita kebaya merah' nyaris bawa maut

Oleh OTHMAN YAHAYA
othman.yahaya@kosmo.com.my


CHAN duduk termenung memikirkan 'wanita kebaya merah' yang menyebabkan keretanya terbabas di susur keluar Plaza Tol Sungai Petani Utara kelmarin.

SUNGAI PETANI - Gara-gara terkejut ternampak kelibat 'wanita berkebaya merah' melintas jalan, seorang lelaki nyaris maut apabila kereta dipandunya terbabas dan terbalik di susur keluar Plaza Tol Sungai Petani Utara dekat Sungai Lalang di sini kelmarin.

Walaupun bernasib baik tidak kehilangan nyawa selepas kereta Perodua Kancil miliknya remuk teruk, pemandu kereta yang hanya mahu dikenali sebagai Chan, 51, kebingungan memikirkan tragedi itu.

Semasa kejadian pukul 6.45 petang, Chan yang telah berkahwin dalam perjalanan pulang ke Taman Bandar Puteri Jaya di sini selepas melawat keluarganya di pekan Ko'bah, Pendang.

"Semasa tiba di selekoh berhampiran susur keluar plaza tol itu, hujan renyai-renyai dan saya menaikkan cermin tingkap.

"Pada masa sama, seorang wanita muncul dari celah pokok bunga yang ditanam di kiri jalan terus melintasi kereta saya dalam keadaan melenggang-lenggok sehingga menampak betis sambil tersenyum memandangnya.

______________________________________

menariknya is:

- mmg lalu jalan ni hampir tiap hari....

- jalan ni tak laaa tahap selekoh merbahaya

- pakcik ni nampak detail la plak ,,,lenggak lenggok? ke wartawan tambah sndirik?

-teori

a. pakcik ni ngantuk amats...so dia terbabas sbb dia nampak benda merah (cahaya matahari, dan byk pokok bunga merah keliling tu)

b. pakcik ni terbabas sndirik, nak cover malu, wat laa citer best sket

c. pakcik ni nak masuk paper

d. mmg pakcik tu nampak vanida imran...................

korang rasa camna?