Showing posts with label Cinta. Show all posts
Showing posts with label Cinta. Show all posts

Monday, October 13, 2008

Cinta 101

"hang mai tgk ni sat...." kata maktuk separuh menjerit. atau memang suaranya begitu dari dulu. amplitud suara tinggi.

"tgk apa tok......" kata aku separuh malas sambil mengalihkan mata dari screen K810 yg tertera sms sms lama.

"aku nak buat kuah kacang, tp takjumpa, hang cuba baca tgk, tu tokwan hangpa laa tulih tu...." sambil dihulurkan satu buku lama....

amazed, terdiam.

the front page.... long live the queen

the back page, Tanah melayu before malaysia was born

the inside

tulisan jawi lama, di tulis dgn jelas. resipi resipi utk maktok. ditulis oleh tok ayah (tokwan). seperti teks di atas

" acar telur

telur 2 biji, bawang putih 2 ulas, bawang....

manis setengah camca, jintan putih satu camca

sedikit cabai masak...5 sahaja

minyak kelapa, garam dan gula...."

maktok tak pandai menulis sgt, tp dia pandai membaca, tok ayah pandai menulis dan membaca. maka tiap kali ada resipi baru, maktok akan buatkan tokayah menyalin semuanya. di dalam buku ini. 

lebih dari 10 resipi terdapat di dalamnya. semuanya di tulis dgn cermat. dan sehingga kini, setelah 14 thn tok ayah pergi selamanya, maktok masih merujuk buku ini....

"hang jumpa dak?" terkejut aku sebentar.

signature

6.5.1367 tahun hijriah.

(You entered: 6 / 5 / 1367  The conversion result is: Wednesday 17 March 1948  source: http://www.rabiah.com/convert/convert.php3)

ini ...cinta.