Wednesday, July 12, 2006
Tiga malam bersama bulan
Tiga malam bersama bulan
Malam pertama.
Jalan permatang pasir di Bayan Baru itu aku lalui penuh lamunan. Tidak kedengaran suara tv yang kuat dari rumah jiran. Anjing yang menyalak aku abaikan. Kereta dan motosikal yang kadang kala berlalu aku biarkan. Terasa seolah2 berjalan di dalam satu alam yang lain. Yang ada hanya aku, dan bulan….
2 tahun dahulu….
Kak ina bertanya kepada aku dgn muka yang penuh manis tetapi tampak garis serius di wajahnya.
“Tam dengan Ida tu, ada apa apa ker?”
“ada apa kak? Setakat ni tak tahu lak saya penah kongsi beli barang ngan dia ker, beli keta ke” aku cuba melawak. Tak jadi.
“akak tanya betul ni, dia tu pun akak tgk dah semacam ja, bila sembang ngan Tam nampak dia ceria, tak macam ngan org lain. Dia ada gak cerita ngan akak yang…”
“takda apa apalah akak, nak camna lagi, camni lah…” aku memotong katanya.
Hakikatnya aku gembira. Cuma mungkin aku tak bersedia.Ida mmg rapat dengan aku. Kemana mana bersama. Dia tak segan untuk ke library bersama walau selalunya aku yang membaca novel dan dia yang membacakan Concise Pathology dgn suara yang agak terang dan jelas supaya aku mendengar. Kalau org bertanya, Ida…Ida yang mana? Pasti ramai menyebut Ida-Tam. Kadang2 aku temankan dia membeli tudung baru untuk hari raya. Malah dia juga pernah bertanya kepada aku akan status kami. Tapi aku, aku yang selalu begitu. Membiarkan sahaja.
“ awak, kawan abg saya kan, dia stay umah abg saya, dia selalu dtg sembang….dia ada bagitau yang dia minat kat saya, camna ek…”
“baguslah, family awak kenal dia kan? Lagipun kan dia pun org senegeri ngan awak… "
“itulah, awak kalau boleh saya tanak end up ngan dia, tanak ngan org senegeri”
“habis tu, mmm awak kawin ngan sayalah!” air matanya mula turun…
“saya nak! Kalau boleh tu mmg nak sangat2…. Tapi…. Mak saya…”aku terkedu, gurauan aku melepasi batasan, dan aku juga terlangkah bersama. Dalam hati aku memandang wajahnya bukan lagi sebagai kawan, tapi sebagai kekasih dan isteri.
“mak saya…isk.isk… dia kata , kalau saya kawin gak ngan org yang bukan pilihan hati dia, org luar, mmg dia takkan terima saya sebagai anak dia, dunia dan akhirat” airmatanya tak tertahan lagi.
“sayang…. Syurga awak sekarang di bawah kaki ibu, dengan ibu awak, baru awak ada kat sini. Saya pasti, kawan abg awak pasti akan menjaga awak penuh kasih, malah lebih baik dari apa yang saya lakukan selama ni….”
“mmg kalau boleh saya nak, tapi ibu awak lebih penting untuk awak kan, lagipun masa depan saya masih panjang…” aku berkata-kata dengan duri di bibir dan hempedu di lidah.
“ saya taknak,taknak ngan dia tu, kalau boleh mmg ………” suaranya hilang di balik esakan yang begitu menyeksakan.
sejak hari itu nama Ida-Tam sudah hilang. Dia mula menjinak2kan diri nya kepada calon suaminya. Dan aku meneruskan kehidupan aku.
Tadi aku saja menelefonnya bertanyakan khabar setelah 2 bulan tamat pengajian.“awak, saya akan bertunang esok, dua minggu ja, lepas tu saya akan kawin”
“congrats….”
“terimakasih yer awak…kalau saya tak kenal awak tak tahulah camna.”
Malam kedua
Tomyam aku terasa pahit. Apsal lak ni? Makcik ni perah limau awal sangat ker. Tak terasa limau pun. Nak kata aku demam pun idak, selalunya makanan di restoran pondok buluh depan Seri Malaysia Bayan Baru ni sedap2. Aku menghulurkan kueteow tomyam kepada Halim rakan serumah aku. Laju sahaja dia mula menghirup.
“eh sedaplah, ko ni pehal Tam?” sedar2 aku dah pun nampak dasar mangkuk tomyam itu bersama2 serai. Nasib baik serai tu takleh makan, kalau idak sure habis gak… confirm something wrong with me.
“Tam…Ida……!”
Aku lantas melompat turun dari Pondok Panglima, dan memerhati sekeliling. Mencari kelibat wajahnya yang putih bersih, muka bujur dan bibir merah semulajadi. Sekali sahaja aku terlihat rambutnya di masjid KLCC, ramadhan 2002. rambut halus yang kelihatan kekuningan di bawah cahaya lampu separas pinggang yang amat aku puja. Senyuman yang tidak dibuat2 dan alis mata yang jelas.
“Tam… mana lah ada Ida kat penang ni,,, hang ni mengarut laaa, takkan dia nak mai sini malam2 buta ni…. lusa kan dia nak brtunang” Aku terus terdiam. Aku sudah pun berdiri di muka pintu Hotel Seri Malaysia Bayan Baru. Entah bila aku melintas jalan ke sini aku pun tak tahu. Entah bila si halim di belakang aku pun aku tak tahu.“relaks la Tam, dulu hang gak yang lepaih dia”aku terpana sebentar. Realiti mula menghimpit lagi. Aku tersedar semula. Bayangannya hilang. Yang ada hanya bulan terang 16 jamadil awal.
Malam ketiga
“hello, assalamualaikum….hai Ida..!”
“hai, eh sorry ye tadi aku tak balas sms ko, tangan aku penuh inai ni” perlahan2 aku semacam terdengar lagu inai di jari nyanyian S jibeng
“mmm so camna, ramai bunyi kat belakang tu”
“mmm meriah sgt, awak mmg taknak dtg ker? Saya dah masakkan pudding jagung kesukaan awak ni?”naperlah dia sebut sebut lak pudding jagung ni, org punya nak lupa memori indah ngan dia.
“tak dapatlah awak, esok saya nak balik kg”
“mmmm rugilah awak, tak dpt tgk saya pakai cantik2 ni”
“mmg saya rugi pun awak, rugi tak mengikat awak sejak awal dulu”
“………..saya dah nak bertunang ni awak….”
“hmmmmm……awak…..awak dah pikir masak2?” jahat betul mulut aku.
“habis awak….. boleh lagi ke saya tukar fikiran? Boleh ker awak? Kalau boleh saya sanggup. Awak dtg sini lepas tu awak……”
“eh Ida, no plz don’t. awak dah bahagia ngan dia, awak dah bertakhta di hati dia. Awak teruskanlah….saya redha sepenuh hati”perbualan itu tak berlanjutan panjang.Mlm itu aku lepak di taman belakang kedai2 di situ. Seorang diri. Berbaring di atas para. Halim ntah cakap telefon sambil berjalan lupa diri. Aku seorang diri. Memerhati bulan di balik rimbunan pokok jawi. Berharap agar bulan ini memantulkan wajah Ida yang dirindui.
Dan tiga malam ini aku ingat sampai mati.
p.s:nama ditukar untuk sensitiviti
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
Sedihnyerrrrrrrrrrr
hah..cam pernah dengar je citer nih..huhuhu
eh ye ker.... citer ni penah disiarkan di cari forum... mmm kak yan forumner gak ker? tapi mmg real story ah
eh takler forumner..cuma kisah ni mengingatkan pada seseorang..hhehe, tapi takpe la..biarlah rahsia kkekeke
real story ek?
humm,sdih sgt2 jln citernye..
nak2 bile org yg membacenye pon lbh kurg menghadapi kisah yg agak same..>_<;
real story/places but not names... tringin nak buat cerita happy tak tak jadi lagi...
memberi komen... kerana kantol ngan penulis blog yg sedang online
they did say "what doesnt kill u make u stronger"
:)
Excellent, love it! » »
Post a Comment