Panas pagi itu. Semacam terasa seperti berdiri di sebelah penjual lemang. Cuma kali ini tiada lemang yang dijanjikan setelah selesai. Hanya...perjalanan yang panjang pulang ke rumah setelah selesai proses ‘menjolok’ duit mama di pekan Yan Besar.
“Balik guag* pakcik!” kataku sambil senyum panjang dengan duit RM 1 di tangan. Pakcik bermisai putih tu menunjukkan muka pelik bin ajaib. Walau aku sendiri tak tahu adakah pelik itu benar-benar anak lelaki En. Ajaib…. Tapi mungkin dia pelik melihat seorang budak lelaki 14 tahun yang boleh berbicara. Setahu aku umur 2 tahun pun kebanyakkan kanak-kanak dah boleh bercakap…
“Baih* ni mana pi guag dik oi, sat gi turun kat Yan kecik!!” katanya sambil terus melangkah ke penumpang seterusnya.
Sekarang aku pula mengalami kepelikan. Setahu aku, tadi bas MARA ini tertulis guar chempedak di depannya. Tapi aku diamkan sahaja. Dalam hati aku berpikir,
“Tentu pakcik ini berlawak. Pandai jugak pakcik ini berlawak ya” sambil aku membayangkan memang sekali imbas, muka pakcik ini memang iras watak Atuk dalam majalah gila gila.
Bus itu sampai di depan tapak pembinaan Hospital Yan, dan melepasi masjid sg yan , seterusnya membelok ke kiri. Aku hanya tersenyum melihat deretan kedai kedai yang menjual otromen berisi angin terawang-awang di usik angin kuat.
Dulang Besar.
“Eh hang tak turun lagi! Hang turun laa kat sini. Nnti hang naik bas lain. Kacaulaaa” jerkah pakcik yang tidak lagi berwajah manis seperti Atuk itu sambil di katakan sesuatu kepada pemandu bas. Berhenti. Aku turun. Lawak!
Pakcik ni sengaja nak kenakan aku gamaknya. Aku menuruti langkah mengikuti jejak bus yang makin hilang di pandangan. Dalam hati aku berpikir, dari Yan, hanya ada satu jalan sahaja keluar , iaitu harus melalui Guar. Tak apalah, mungkin Bus itu tidak mahu berhenti di Guar kut. Aku terus berjalan ke arah yang sama dengan bas itu.
10 minit berlalu, sawah kelihatan menarik.
20 minit…..dahaganya.
30 minit…..kenapa tak ada bas lain lalu ni?
Dulang Kecil
Satu teksi yang padat dengan makcik makcik awal 40an berhenti di tepi.
“nak kemana nak?” Tanya pemandu teksi itu di sebalik riuh rendah hilai tawa makcik tanpa bentuk badan yang menarik berbaju kebaya rona terang.
“Guag…..”aku tak mampu nak berkata banyak lagi. Dahaga.
“laaa guag pi kut ni bila laa nak sampai!!!” terus hilai tawa berderai. Aku dah tak mampu nak tergelak.
Kampung Dulang
Ku hayunkan kaki separuh risau. Amat yakin yang arah inilah yang benar. Ihdinas sirotul mustaqim…
Agaknya apa rasa air lecak tu ya. Tanahnya mendap ke bawah. Tampak baru. Pasti jika ku kaup bahagian atas air itu dengan cermat, tanahnya takkan tercampur. Dahaga buatkan orang berpikir macam-macam, kan!
Banyak rumah di kiri dan kanan jalan. Nanti apa kata mereka melihat seorang remaja menghirup air lecak penuh selera. Aku tak mahu nanti menyusahkan orang pula mahu menjamu ku sirap ais. Sedap juga tapi.
Ulu Dulang Kecil.
Hari makin meninggi. Amat sukar meneka waktu di kala panas terik begini. Kaki makin lemah. Perut makin berkeroncong. Peluh mula menitik ke bumi tanpa paksa.
Tiada lagi teksi atau bus yang lalu. Telah berapa lama aku berjalan aku masih belum berjumpa lopak air yang jauh dari rumah orang. Kalau tidak, boleh juga aku hirup melepas haus. Paling teruk sangat pun harus di jangkiti Vibrio cholerae sahaja. Aku mampu utk hidup beberapa minggu daripada mati kehausan!
Tiba tiba ada kereta putih dari jauh menyahpecut. Reaksi desperasi! Aku angkatkan tangan tanda ‘good’ sambil di halakan ke arah jalan. Gaya gaya menahan kereta di dalam filem Hollywood. Harapnya menjadi, tapi aku lelaki, tidak boleh menyelak peha untuk di tayangkan seperti dalam filem itu.
“nak pi mana ni dik?” kata lelaki muda itu. Sopan.
“guag….” Tiada perkataan lain yang mampu aku pikir lagi.
“laaa, jomlah abang hantar”
Aku terus menerpa naik kedalam kereta putih lama itu. Aku tak sempat berpikir hal ehwal keselamatan lagi.
Kereta itu terus di pandunya. Beberapa simpang di ambil, beberapa kampung di lintas. Beberapa pekan di rentas. Akhirnya…….Guar chempedak 2 KM.
Setelah entah berapa kali terima kasih aku ucapkan aku turun di tengah tengah pekan. Akhirnya aku sampai di rumah tepat jam 1 tengahari. Sedang tak salah aku , aku naik bas pada pukul 9.30 pagi tadi.
“Sebab tu laaaa cheq tak pi sekolah ma!” kata ku membulatkan mata yang sepet.
Nota kaki
- Setelah dewasa baru aku tau yang kadangkala pemandu bas kadangkala sesuka hati menukar papan tanda depan bas walau awalnya di tulis lain. Jadi amat bijak untuk bertanya dahulu sebelum di naiki.
- Man don’t ask direction. Christopher Columbus did NOT need directions and neither do we.
- Jarak yang aku berjalan pagi itu adalah lebih kurang 11 km. (tak pasti)
- Air becak walau mengalir seperti di hutan hujan, amatlah tidak sihat untuk di minum.
*
Baih = bas
Guag = Guar Chempedak.
~~map edited, thanks to banji~
4 comments:
Rasanya kita ni memang ada genetic utk sesat. banji pun kalau jalan kat kl, manjang je sesat, sampai the mrs tu siap terkejut lagi kalau kemana2 tanpa sesat huhu
Let's get lost :)
hehehe..
bukan kolej UO..tp KDO.
familiar ke? :P bak mai nk tgk tuan belog ni sat
~banji
heheheh genetic tu letak kat XY tu:D
~ sweethOneY
huuu reramai student UKM tu mesti ramai yg muka nak serupa kan:D
igt tam tak tulih blog lagi
tapi tam dah tulih
horey!
Post a Comment