Oleh OTHMAN YAHAYA
othman.yahaya@kosmo.com.my
CHAN duduk termenung memikirkan 'wanita kebaya merah' yang menyebabkan keretanya terbabas di susur keluar Plaza Tol Sungai Petani Utara kelmarin.
SUNGAI PETANI - Gara-gara terkejut ternampak kelibat 'wanita berkebaya merah' melintas jalan, seorang lelaki nyaris maut apabila kereta dipandunya terbabas dan terbalik di susur keluar Plaza Tol Sungai Petani Utara dekat Sungai Lalang di sini kelmarin.
Walaupun bernasib baik tidak kehilangan nyawa selepas kereta Perodua Kancil miliknya remuk teruk, pemandu kereta yang hanya mahu dikenali sebagai Chan, 51, kebingungan memikirkan tragedi itu.
Semasa kejadian pukul 6.45 petang, Chan yang telah berkahwin dalam perjalanan pulang ke Taman Bandar Puteri Jaya di sini selepas melawat keluarganya di pekan Ko'bah, Pendang.
"Semasa tiba di selekoh berhampiran susur keluar plaza tol itu, hujan renyai-renyai dan saya menaikkan cermin tingkap.
"Pada masa sama, seorang wanita muncul dari celah pokok bunga yang ditanam di kiri jalan terus melintasi kereta saya dalam keadaan melenggang-lenggok sehingga menampak betis sambil tersenyum memandangnya.
______________________________________
menariknya is:
- mmg lalu jalan ni hampir tiap hari....
- jalan ni tak laaa tahap selekoh merbahaya
- pakcik ni nampak detail la plak ,,,lenggak lenggok? ke wartawan tambah sndirik?
-teori
a. pakcik ni ngantuk amats...so dia terbabas sbb dia nampak benda merah (cahaya matahari, dan byk pokok bunga merah keliling tu)
b. pakcik ni terbabas sndirik, nak cover malu, wat laa citer best sket
c. pakcik ni nak masuk paper
d. mmg pakcik tu nampak vanida imran...................
korang rasa camna?
3 comments:
I rasa dia nampak btul kot.. hehe.. tapi tuh lah.. kalo time corner neh berangan mmg tersangkut kat tepi tuh la.. mcm dia.. hurmm..
I pon lalu jalan neh jugak.. haha=P~
*salam jenguk =P~
~riben
maybe jgak, tp kalau ala ala vanida mmg silap silap i pun turut sama :D
pocket rasa dia simply tertido...
tp teramat la malunya nak ngaku tido, so dia salahkan vanida imran.
kalau pocket:
pocket salahkan megan 'musang'
hahahahahah
Post a Comment