Monday, March 02, 2009

Janji, ada tamat tempoh nya?

Kertas pembalut hadiah, rona coklat matang aku amik. Bersekali dengan selotep kecik yang sekarang sudah berharga singgit aku susunkan atas kaunter The Store tu. Telefon….telefon berbunyi

“….dear, u lunch sorang ke?”
“yup….kena beli ha….eh tak beli something ni ha…sorry. Wanna eat anything?”
“ingat nak lunch sekali, kan besday ayg hari ni! “ suara separuh merajuk.
“kita dinner yer, kan tahun lepas gini gak….” Sambil aku kejipkan mata sebelah. Macamlah nampak…
“Ok, jgn tipu ar , I tau u baru pi beli adiah kat I kan!”
“heheh camnaa laa I nak tipu u…wakkaka”

Petang itu, aku menunggu di kereta di depan kilang. Nampak susuk gadis 26 thn pantas menge’punch’ kad di pondok guard. Senyum yang tak lekang dari muka nya lalu menyambar mata aku. Buat buat tak nampak.

“happy besday syg…tatau kali ke berapa ntah I wish. Nah this is ur present, bukak arr!” aku senyum simpul sambil menunggu reaksi.

Kubus yang berbalut kertas itu di sambutnya cermat. Ringan. Wajahnya mula berubah.

“apa ni dear? I balik buka kat umah laa…thanks” tiada nada ceria.

“u bukak, baru I drive, ok.”

Cermat di koyaknya bahagian yang bersambung. Satu persatu selotep itu dikoyak dan di masukkan ke plastic sampah yang tersangkut di tombol aircond. 

“Tupperware???” nada soalan yang jelas. Tiada nada gembira. Reaksi wajahnya tanpa perasaan. Ok, perasaan menyampah pun ada jgak.

“yup! Kan I pinjam Tupperware u hari tu….ni kira adiah ar, I beli baru...bleh u bawa bekal nnti…”

“…………..thanks…I dah ada dah…but thanks….”

Sunyi…sangat. Aku dah berjanji untuk menghantarnya pulang. Aku lalui jalan biasa ke rumahnya tanpa banyak soal. Segala cerita cerita tentang kerja, tentang hal orang itu hal orang ini seolah olah tidak didengarnya…dia tak tersenyum langsung. Sehinggalah aku park di depan Damiral’s grill…(skrg dah nama lain dah)

“u tak suka hadiah I bg tu?”

Geleng.

“geleng tanda suka ke tak suka…”
“I sukaaaaaaaaaaaaaaaa” panjang dia mencebik.

“ok, sori, I takde idea, blank. But u can have this too….”

Aku capai pensil bag kanak kanak kaler pink dari bawah pintu. Bentuk silinder, ketat dengan barang barang di dalamnya.

Dia mengambilnya lalu membuka penuh hati hati. 

“gatalllllllllllllllllllllllllllllllllll!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!, perlu ke u buat camni, bagi je la awal awal takde I tarik muka cam tadik!!!!” sakit perut kena cubit dan sakit perut ketawa terbahak2.

Ceria. Gembira. Bila dia membelek botol EDT Red Jeans Versace yang masih ber’tin’ itu. Terus di cabutnya tudung dan di cium bauannya penuh satu kereta. Suaranya pun berubah dari suara Pontianak Harum kepada suara kanak kanak tadika semula.

Itu dah cukup utk aku. Yer, tak mahal pun EDT tu, tp cukup ar utk bayar prepaid handphone dua tiga bulan. Atau belanja 10 family member dinner makan ikan bakar.

Hanya aku dan dia di dalam restoran itu. Sehinggalah dialog yg terngiang2 di telinga aku sekarang tertutur.

“dear, suka arr celeb besday kat sini..kalau bleh I nak sambut kat sini ngan u tiap tiap tahun…all my life! “

“I will dear. I promise. Kita sambut kat sini selagi u n I ada ok.”


We talk about future. We plan about present. We discuss about dream. We laugh about life.

And today….its been a year. And exactly a year ago, aku membalut hadiahnya di meja yang sama. Tp dia ke mana?

Dia berhenti kerja 2 bulan kemudian. Ayat terakhir, I am sorry…thanks………ill call u … di ucapkan pada June thn lepas. Dan tiada lagi selepas itu. Banyak alasan. Malas di kenang.

Cuma nak Tanya pendapat blogger.

PERLU TAK I KEEP MY PROMISE,

(to celebrate her birthday every year at that place) after she has runaway…..?

I make several promises in my life
I try to remember it all
I fulfill every single of it


Shud I keep my promise? 



10 comments:

Pocket said...

adehlaaaa!!!
sakit jantung pocket membaca citer nih, yes, janji tiada tarikh luput, sama macam nazar rkot, kalau dah nak buat thing yg never ending tu... then till the day u lie on your deathbed, u have to keep the nazar,

tp janjinyer nak ajak dinner skali kan? so apalah dinner tanpa 'skali' tu?

my vote would be :
janji ada tarikh luput.
atau insiden dimana janji tersebut is not valid anymore.
huhummmmmm

*SiRibenMerah said...

erkk.. jiwa kaco..
patah hati.. patah janji..
wahhhhhh..
sgt x tau nak komen ape..
hurmm, cam pocket kata..
lupakan je la janji tuh after tarikh luput and dah x valid utk dipromise lagi..
cuba tgk beberapa kes janji luput automatik:
1. budin janji nak kawen ngan milah.. tapi budin kne tangkap basah ngan rahmah.. so, budin kawen ngan rahmah dan bukan milah.. adakah budin perlu tepati janji nak kawen ngan milah arituh?? *surely milah da tamau dah kat budin kann??*

2. Seman suka kat senah.. seman kerja keras nak pinang senah.. tapi bila duit da cukup.. senah mati eksiden.. so, seman nak kne kawen ngan mayat senah ke??

3. Kumar suka kat Mala.dia janji nak kawen ngan Mala. satu hari Kumar terlanggar pak Abu, n pak abu mati.. Kumar kne masuk jail pasal tadak duit nak bayar denda.. masa kumar masuk jail, Mala da lari ikut Ravi.. psl tanak kawen ngan penjenayah.. padahal Kumar x bersalah.. hohoho.. so, adakah janji kumar n mala masih valid??

renung2kan dan selamat beramal~
apesal contoh sume pasal kawen je neh.. hahahahahaha.. ok, riben tgh mengong~!!

filantera said...

~bro pocket

hahahah sakit jantung itu menakutkan!

dah berlalu pun hr smlm. end up sibukkan diri beli barang masakan! haha pas ni blog ni akan tukar jadi blog separa masakan.

it make me, afraid to promise again pasnih! biar bahagia camna pun, tanak dah.


~cik riben
waaaa kaco kaco! timasih atas contoh2 yang sgt ilmiah.... tetiba terasa cam duduk dlm dewan kuliah sahaja huhhuhu

1, kalau milah mau, budin leh kawin dua kan!

2. seman kawin ngan adik semah...jadi lagu alleycat! timaseyyy

3. kumar takley tepati janji sbb mala dah lari ( on which in this particular case, u really shoot me bullseye)

ok thanks!

Tny said...

HHohhh!!!

Touching nya N3 ni.. I kna bc.. amik masa yg lama.. selow reader lah katakan pulak tu malas membaca.. prefer graphix & illustration the most =D

Ermm.. apa yang u fikir yg terbaik.. dan releven.. itulah jawapan nya..

Anonymous said...

anniversary mmg mcm tu, sungguh tersentuh. tambah2 lak mmg hal hati dan perasaan. tapi somehow you made it through kan?

personally, sebelum janji ngan org dipenuhi, kita penuhi dulu janji ngan diri sendiri. Everybody has one, some even have a few hundreds :)

contoh janji pada diri sendiri... "What doesn't kill me will only make me stronger"

filantera said...

~tny
tiada sapa dipaksa utk baca post ni, kalau rajin bacalah ek...:P

~banji
so the rumours is true then? that whoever had completed the mind reading skills also can read the mind of others simply by reading his blog hahaa..

u ar rite banji. always is...

drive carefully tonite!

nurul syazana said...

eih sgt sadis cite ni
tak berbaloi menunaikan janji pd org sebegitu
tunaikan lah janji pd yg lebih layak..

comel plak komen si riben merah tu
haha

filantera said...

~nurul syazana
yep, biarlah je kan! harus jadi kejam sesekali!

Mohamad Norsafuan Rahim said...

semua benda ada tamat tempohnya kecuali khaliq pencipta yang maha kuasa....selamat berkenalan...wassalam.....

anis said...

dgn konfidentyer,ak mengatakan

jnji itu sdah tamat tempohnyer..

sbb ko jnji nk mkn ngan die..bkn

sorg2..kan?so,dye yg menamatkan

jnji 2..